CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AKTIVITI



gambar 2 : Langkah pertama iaitu "Model Pakaian"

gambar 3: Set induksi guru bersama murid-murid.

gambar 4: Langkah ke tiga murid-murid membuat lembaran kerja.

gambar 5: Guru bersama model-model pakaian

gambar 6 : Gambar langkah ke dua iaitu padan dan tampal

gambar 7: Langkah penutup. Guru dan murid menilai jawapan yang betul.


 Tema Pakaian

As salam kawan2...ni ada abm utk tema pakaian..minggu ni kami buat tema ni...so gambar ni boleh dipelbagaikan aktivitinya..pandai2 lah yer..cikgu pra kena kreatif hehe.. antara aktiviti yang leh dibuat : puppet jari, puppet lidi, paperdoll dan macam2 lagi kan..ok selamat mencuba nanti kongsilah apa yang dibuat k..kita sama2 tgk..orait!!


Yang ni pula..PAPERDOLLS..pakaian modern pulak..ok jgak kan..bolehlah dipelbagaikan dan tunjuk pada murid-murid kita..






LAMPIRAN

KOMPONEN KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

  1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
a.            Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)
b.            Bahasa inggeris (sekurang-kurangya 1 jam seminggu)
  1. Perkembangan Kognitif
  2. Perkembangan Pendidikan Islam dan Moral
a.            Pendidikan Islam ( sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)
b.            Pendidikan Moral (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu bagi murid yang bukan Islam)
  1. Perkembangan Sosioemosi
  2. Perkembangan Fizikal
  3. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
  

Contoh Jadual Sehari (210 minit)


   Rutin                                           10 minit
   Perbualan Pagi                           20 minit
   Permainan/Aktiviti Luar              20 minit
   Aktiviti Kelas                               30 minit
   Rehat                                          30 minit
   Aktviti Kumpulan                         60 minit
   Aktiviti Kelas                               30 minit
   Aktiviti Penutup/Penamat           10 minit



PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan, iaitu :

1. Pendekatan bermain sambil belajar
    Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut :-
    • Aktiviti yang mengembirakan
    • Permainan bebas dan terancang
    • Kelonggaran masa
    • Percubaan idea sendiri
    • Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian
   
     Pelaksanaan pendekatan bermain sambil belajar :-
·         Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang ingin dicapai
·         Bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
·         Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
·         Bahan yang digunakan akan menggalakkan komunikasi dan imaginasi
·         Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

     Faedah pendekatan bermain sambil belajar :-
·         Pengukuhan kemahiran konsep-konsep pembelajaran dari umum ke spesifik (konkrit ke abstrak)
·         Meningkatkan keupayaan konkrit
·         Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
·         Perkembangan sosioemosi
·         Mengukuhkan perkembangan fizikal
·         Penguasaan kemahiran manipulatif
·         Menguasai daya reka cipta secara konstruktif
·         Melahirkan dan menyatakan perasaan
·         Meningkatkan kemahiran berfikir

2. Pendekatan Bertema
    Faktor-faktor pemilihan tematik :-
·         Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen
·         Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan
murid
·         Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
·         Kemudahan untuk mendapatkan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
·         Guru berminat terhadap tema yang dipilih
·         Pemeringkatan dari tema yang mudah kepada yang lebih mencabar

    Pelaksanaan Pendekatan Bertema :-
·         murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik
·         kenalpastisubtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
·         membina peta minda web tema
·         rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir
·         guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan
·         iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaiatan dengan tema
·         memilih tema mengikut musim atau peristiwa



3. Pendekatan Bersepadu
    Melibatkan :-
·         kesepaduan antara komponen
·         kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni
·         kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
·         kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
·         kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

    Pendekatan bersepadu menyediakan peluang kepada murid :-
·         mendalami atau meneroka sesuatu topic
·         lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar
·         pembelajaran lebih aktif, mengembirakan dan bermakna
·         meningkatkan daya imaginasi dan kretiviti
·         meningkatkan kemahiran berbahasa
·         meningkatkan nilai murni


4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     Pendekatan ini digunakan untuk :-
·         membantu proses pengajaran dan pembelajaran
·         memperolehi maklumat
·         berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
·         memperkayakan pengalaman dan pembelajaran


PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.  Aktiviti Kelas
  • melibatkan seluruh ahli dalam kelas
  • aktiviti P & P dijalankan serentak
  • dilaksnakan untuk :-
- menyampaikan amklumat
- memberi arahan dan penerangan
- sessi bercerita
- bersoal jawab
- membuat refleksi
  • contoh aktiviti kelas :-
- bercerita
- Circle time
- nyanyian/gerakan
- field trip
-bersoal jawab
- eksperimen
2. Aktiviti Kumpulan
  • murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
  • setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza
  • ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama
  • contoh aktiviti kumpulan :-
- membentuk doh
- main pondok
- main bongkah
- cantum puzzle
- permainan tradisional
- berkebun
- penerokaan
- permaian bahasa
- kolaj/renjisan/cetakan/melukis/mewarna
- pertandingan menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

3. Aktiviti Individu
  • murid menjalankan aktiviti secara bersendirian
  • interaksi murid dengan bahan
  • murid berpeluang mendapatkan perhatian secara personal daripada guru
  • contoh aktiviti individu :-
-       melukis gambar
-       menyusun bongkah
-       menggunting/menampal
-       menguntai manik/bunga
-       mengenakan butang baju
-       membaca buku kecil/kad bacaan


AKTIVITI SEHARI DI PRASEKOLAH
Rutin
Aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tidak ada kaitan dengan tema
  • menyambut ketibaan murid dengan mesra
  • menyusun kasut dan beg
  • mengambil kedatangan murid
  • membersihkan diri selepas makan
  • perhimpunan pada awal minggu
  • peraturan di dalam dan di luar kelas

Perbualan Pagi
Bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan dengan :-
  • murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell)
  • guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu
  • menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid

Permainan/Aktiviti Luar
Dijalankan di luar kelas. Bertujuan untuk :
·         meningkatkan kemahiran motor kasar
·         mendedahkan kepada cahaya matahari dan udara segar
·         peluang untuk pengalaman penerokaan ruang luas
·         prihatin kepada aspek keselamatan
·         penerapan nilai murni dan kepekaan kepada persekitaran

Aktiviti Kelas
Guru akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut mengikut rancangan yang dirancangkan :-
  • bercerita
  • aktiviti fizikal di luar kelas
  • membuat lawatan di sekitar sekolah

Aktiviti Kumpulan
  • murid dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil bagi menjalankan pelbagai aktiviti serentak
  • boleh bertukar aktiviti selepas lebih kurang 20 minit
  • murid belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti lain, harus dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut

Rehat
  • menikmati hidangan makanan berkhasiat dan seimbang
  • mengamalkan nilai murni seoerti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas nakan dan menggosok gigi
  • menjalankan aktiviti bebas secara  senyap seperti melihat buku bergambar dan mendengar muzik perlahan

Aktiviti penamat/penutup
·               mengemas peralatan dan mastikan kebersihan kelas
·               murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan
·               membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari pada hari itu

1 comment:

  1. Salam. Puan mohon download 2 tajuk aktiviti untuk kanak-kanak sebagai panduan. terima kasih ya Puan.

    ReplyDelete