
1.0. Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Perkembangan
bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi
kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat
nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa,
tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat
perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.
1.1. Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi
tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi
hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya.
Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh
dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis
juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat
umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan
satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada
waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai
contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah
bunyi ibunya memanggilnya.
Umur
enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada.
Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap
ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses
pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi
mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.
Usia
12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk
bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka
sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian
kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah
dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan
bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah
umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain
atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan
arahan yang mudah.
1.2. Umur 2 hingga 3 tahun
Pada
peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang
kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh
didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang
dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap
dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar
menggunakan ayat yang betul dan baik.
Pada
peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan
memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan
kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak.
Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.
Apabila
umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa
, perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat
ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak
menyatakan sesuatu.
Pengaruh
sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak
yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf
rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka
berkomunikasi dengan masyarakat luas.
1.3. Umur 4 hingga 5 tahun
Pada
peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak
yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan
bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka
tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan
pandai memberi komen pada seseorang.
Pada
umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan
bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri
sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka
dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di
luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak
mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia
ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa
kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri
berikut:
Ø Penglihatan yang baik.
Ø Pendengaran yang baik.
Ø Kecerdasan yang normal.
Ø Mempunyai sahsiah yang matang.
Ø Aktif dan cergas.
Ø Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata
Ø Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita.
Ø Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
Ø Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
1.4. Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa adalah seperti berikut:
1.4.1. Umur
Perbendaharaan
kata kanaka-kanak akan bertambhan apabila meningkat usia. Hal ini
disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama
sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak tidak bercakap selagi belum
matang.
1.4.2. Kesihatan
Perkembangan
bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu
terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang
sakit kurang aktif dan letih serta letih. Jadi mereka kurang mendapat
ransangan alam sekitar dan kelancaran pertuturan terganggu.
1.4.3. Jantina
Secara
amnya, kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap dibandingkan dengan
kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara
kanak-kanak perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan
kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami. Selain itu mereka lebih
banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak
bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak
perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.
1.4.4. Kecerdasan
Kecerdasan
dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada
kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan
kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat
bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya
lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan
memahami erti perkataan dan percakapan.
1.4.5. Keadaan keluarga.
Secara
amnya, perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana
akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus
rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih
tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika
kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak
berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala
anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri
maka perbendaharaan katanya sedikit.
1.4.6. Alam sekitar
Faktor
alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang
membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala
kemudahan. Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika
persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka
terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata
yang betul dan banyak.
1.5. Penguasaan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah
Dalam Bahasa melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, semantk dan pragmatik.
Fonologi
Fonologi
adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua
kanak-kanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak
kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi
secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia
memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara.
Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas
kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalah seperti berikut:
Semasa
kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui proses
fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan perkataan
lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah
seperti berikut:
Umur
|
Perkembangan bahasa
|
Baru lahir – 2 bulan
| ![]() ![]() |
2 – 4 bulan
| ![]() |
6 – 9 bulan
| ![]() ![]() |
9 – 12 bulan
| ![]() |
1- 1 ½ tahun
|
Menyebut perkataan ( mengenal nama benda atau orang)
|
1 ½ - 2 tahun
|
Menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang penting sahaja). Seperti “ti-kar” untuk “mak, saya nak roti bakar”
|
2 – 4 tahun
| ![]() ![]() |
4 – 6 tahun
| ![]() ![]() ![]() |
Morfologi
Pada
peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru
apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka
akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini,
mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai
peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah
perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami
konsep majmuk dan perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak
adalah seperti:
Umur
|
Perkembangan morfologi
|
1-2 tahun
|
Ø Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataaan seperti “roti sedap”untuk sedapnya roti ini”
|
2-3 tahun
|
Ø Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti:”Adik nak makan”
Ø Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tenpat dalam membentuk ayat.
|
4-6 tahun
|
Ø Mengahsil ayat gabungan 3-6 perkataan seperti: Roti coklat itu makanan kegemaran adik”.
Ø menggunakan
· kata sambung (kerana, sambil)
· ayat berlapis(topi saya cantik
· ayat pasif (roti dimakan oleh emak.
· Dapat menghasilkan cerita pendek.
|
Sintaksis
Sintaksis
adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan
sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu
perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan
semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna
mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan
sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja
dan kurang ataupun tiada langsung kata kerja. Selepas
lima tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa. Selepas
umur lima tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat pasif atau yang
lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.
Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah dengan tepat seperti:
“Ambilkan buku mak.”
“Mana roti adik.?”
Kanak-kanak
pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataan
dengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua
perkataan mula digunakan seperti:
· Ayat penyata: “Saya minum.”, “Kunci kakak.”, “Nenek balik.”
· Ayat negatif: “Ibu belum masak.”
· Ayat perintah: “Jangan tutup radio.”
Semantik
Semantik
adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak
berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap
bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas
kelahiran. Pada peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa patah
perkataan dan kemudian memperluaskan perbendahaan kata dengan agak
cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa
makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam
pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan
maknanya. Pada usia 2 tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka
mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak. Dan
seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara
umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam
berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa
mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan
perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi
konkrit.
Peringkat sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:



Peringkat Praoperasi
Pada
peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanakmula memahami ada
perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih
dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan abstrak.
Peringkat operasi konkrit
Peringkat
operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana
kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna.
Namun pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia
ada dan pengalaman terus. Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah,
ruang tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.
Perkembangan semantikkanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
|
Kebolehan semantik
|
6-12 tahun
|
Dapat memahami perkataan serta menunjukkan onjek yang dinamakan.
|
1-1 ½ tahun
|
- Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.
- Perbendaharaan kata terdiri daripada nama orang (mama, abah) dan benda maujud (kasut, roti, buku)
|
2-3 tahun
|
- Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek
- Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih.
- Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 kata)
- Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya.
|
4-6 tahun
|
- Berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah)
- Memahami lawak jenaka dan metafora
- Memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku.
- Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi.
|
Pragmatik
Pragmatik
adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang
menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial
yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut
peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk
secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu
perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada
perkara yang penting untuk dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan
bersopan seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan
sebagainya. Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk
yang diperbualkan jika ingin memberi respon dalam satu perbualan. Namun
begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya
masyarakat(tempat mereka membesar). Kemahiran kanak-kanak menggunakan
bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut:
Unsur
|
Kebolehan
|
1 -2 tahun
|
o Mula mengambil giliran dalam perbualan
o Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti ‘bye bye’
|
3 – 4 tahun
|
o Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas.
o Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian.
o Dapat menggunakan daftar bahasa , seperti “selamat pagi”.
|
5 – 6 tahun
|
o Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
o Dapat menggunakan daftar bahasa dapat menggunakan daftar kata seperti “ apa khabar”, dan “selamat pagi”
o Mula memberi komen dan tindak balas.
o Dapat menyanya balik apabila disoalkan
|
PERKEMBANGAN MATEMATIK KANAK-KANAK
Perkembangan
pemikiran matematik kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat,
di mana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada
peringkat-peringkat yang tertentu. Ada pendapat mengatakan bahawa
faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran
memainkan peranan dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak untuk
melakukan beberapa kemahiran, termasuklah kemahiran dalam pengiraan.
Ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan peranan dalam bagaimana seseorang membina dan memperolehi ilmu matematik pada masa hadapan. Mengikut kajian oleh Ginsburg -1977, mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi. Sebenarnya , kebanyakan kanak-kanak, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin, datang ke pra-sekolah dengan sedikit kemahiran. Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Beliau juga menyatakan bahawa tidak kira bagaimana kemahiran, simbol atau konsep matematik diajar di sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuaan matematik informal yang sedia ada pada mereka
Beberapa kajian daripada pakar matematik menunjukkan bahawa perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan, tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Ini, walau bagaimanapun tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulannya, kanak-kanak daripada beberapa latarbelakang yang berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Kebanyakan masyarakat, kanak-kanak yang telah pun mempunyai pemikiran yang "berfungsi" tentang matematik pada peringkat umur antara 5 ke 7 tahun. Sekolah adalah adalah sesuatu institusi yang dibangunkan untuk mengajar dan menilai kanak kanak ke atas "kearifan sosial". Salah satu bentuk "kearifan sosial" ini adalah dalam bentuk pendidikan formal matematik.
Bentuk formal matematik yang diajar dalam sekolah adalah dalam bentuk tulisan, disusun mengikut peraturan yang tertentu, mengandung bahan-bahan yang didefinisikan secara konvensional dan dipersetujui serta diorganisasi secara jelas. Matematik formal adalah apa yang dimaksudkan dengan "sistem saintifik" seperti yang dinyatakan oleh Vygotsky, melalui bukunya "Thought and Language"(1968).
Pengetahuan ini adalah sistem yang spontan, melibatkan kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir, melibatkan emosi, tidak ternyata secara jelas dan sangat berkait dengan kejadian dalam kehidupan
mereka.Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Apa yang dimaksudkan dengan Konstrukivisme?
Konstrukivisme bermaksud kita mengalami sesuatu yang baru melalui proses dalaman atau internal yang berdasarkan kepada pengalaman lalu. Mengikut cadangan Piaget, pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas kanak-kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam bentuk yang menolong kanak-kanak itu mecipta sesuatu yang menjadi kepunyaannya. Pelajar tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu diisikan dengan pengetahuan yang disalurkan dari guru-guru di sekolah. Pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognisi dalam mengadaptasikan diri dan mengubahsuaikan pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengetahuan yang baru. Kajian yang tersebut di atas menekankan akan perlunya membawa konsep konstrutivism dalam bilik darjah di sekolah-sekolah. Berbeza pula dengan pendapat Resnick, beliau berpendapat sebagai satu peralatan kognisi pelajar. Berdasarkan pendapat Sanders, beliau menyatakan ia berdasarkan kepada sesuatu yang telah disiasat dan ditemui.konstruktivisme boleh dinyatakan sebagai sesuatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya.
Faktor-faktor penting yang perlu diambilkira dalam persekitaran konstruktivisme adalah : ( Oleh Driver dan Bell, 1985)
1. Output pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat pelajar yang terlibat.
2. Pembelajaran melibatkan pembinaan ilmu melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial.
3. Proses konstruktif melibatkan hubungan antara ilmu atau pengalaman lepas dengan proses membentuk, memeriksa dan membina semula idea dan hipotesis.
4. Ia juga melibatkan pengorganisasian semula idea-idea.
5. Makna yang telah dibentuk tidak semestinya membawa kepercayaan.
6. Proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif. Pelajar mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri. Antara penyesuaian yang digunakan adalah dalam mengadaptasikan konsep konstruktivisme dalam bilik darjah mereka adalah dengan :
•membina konteks dalam menerangkan sesuatu konsep atau simbol di dalam darjah.
•mengkaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada kanak-kanak dengan konsep yang diperkenalkan kepada mereka
• menekankan penggunaan konsep itu dalam kehidupan seharian.dengan mengunakan peralatan seperti objek yang dapat
askum..
ReplyDeletetq sebab sudi berkongsi ilmu mengenai pendidikan awal kanak-kanak..teruskan usaha..tahniah...