CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

RPH



PERSEDIAAN MENGAJAR PRASEKOLAH


Nama Prasekolah   : Prasekolah 2 Seri Beroleh

Masa                         : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit)

Jumlah Murid            : 25 orang

Tema                         : Negara Saya

Tunjang                      : Ketrampilan dan sosioemosi ( Modul Bertema)

Kemahiran       :PSE 3.1.6 : Menyatakan kelainan dan kepelbagaian keperluan dalam                                     masyarakat seperti pakaian                              

Objektif                  : Pada akhir pengajaran pembelajaran kanak-kanak dapat :
                                 i.    Menyebut nama pakaian dengan sebutan yang betul.                                  
                                 ii.   Memadankan nama pakaian dengan pakaiannya.                               
                                 iii.  Memadan nama pakaian dengan gamabr di dalam lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada : Kanak-kanak pernah melihat jenis-jenis pakaian mengikut kaum seperti kaum melayu, cina dan india.

Penyerapan             : Bahasa Melayu, Awal Sains, Kreativiti dan Estetika

Penerapan Nilai      : Kerjasama, mengikut peraturan dan bertoleransi.

KB                             : Membuat Inferens

Fokus MI                   : Kecerdasan fizikal dan kognitif.

Bahan                       : Buku skrap pakaian,jenis pakaian (3 kaum), kad nama pakaian

Langkah/Masa
Aktiviti
Bahan/Catatan

Set Induksi
(3 minit)

- Guru bersoaljawab dengan murid tentang kaum di Malaysia.
- Guru bersoaljawab dengan murid tntang jenis pakaian mengikut kaum melalui pengetahuan sedia ada mereka.
Guru mwemberi arahan agar murid membentuk dua kumpulan.
-Murid melihat buku skrap yang diberikan oleh guru bersama rakan-rakan. Guru bersama murid membaca nama pakaian yang terdapat pada buku skrap itu. 

-Buku skrap (pakaian)



Langkah 1
(5 minit)

-Guru menunjukkan model pakaian mengikut kaum melayu, cina dan india  yang di pakai oleh 6 orang murid.
- Model pakaian itu ditunjukkan satu persatu dengan “Baju Melayu sehinga Sari”.
Murid menyebut setiap satu nama pakaian tersebut.


Model pakaian mengikut 3 kaum.

Langkah 2
(10 minit)

- Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan.
- Permainan padan dan tampal.
-Di dalam kumpulan tersebut, kanak-kanak diberikan dengan kad nama pakaian.
-Kanak-kanak tersebut perlu menampal kad nama itu pada pakaian yang telah di pakai oleh rakan mereka.
Guru akan mengerakkan model pakaian satu persatu , kemudian  kanak-kanak perelu memikirkan nama pakaian dan menampalkanpada pakaian tersebut. Langkah ini di ulangi sehingga model pakaian yang ke enam iaitu sari.


Kad nama.

Model pakaian





KBKK : Membuat Inferens

Langkah 3
(10 minit)


- Guru memberi lembaran kerja kepada kanak-kanak.
- Murid perlu menjawab lembaran kerja tersebut iaitu “ Padankan nama pakaian dengan gambar pakaian dengan betul”
- Setelah itu murid memegang kertas lembaran kerja mereka.


Kad gambar
Lembaran kerja


Penutup
(2 minit)

- Guru dan kanak-kanak bersoaljawab tentang teka-teki bertemakan pakaian yang dipelajari tadi  iaitu  “Apakah saya”.


Lembaran kerja




Refleksi pengajaran dan pembelajaran:


            Saya merupakan guru Prasekolah. Saya merasa tidak puas hati dan kecewa apabila melihat murid kelihatan pasif ketika pembelajaran dilaksanakan. Saya dapati mereka ini terlalu sukar untuk menguasai kemahiran mengenal, mengecam, menyebut dan mengingat setiap pelajaran yang diajar. Terfikir di hati saya mengapa perkara ini sukar untuk diatasi. Justeru itu, saya merasakan saya perlu memikirkan satu kaedah yang  menarik dan bersesuaian dengan kemahiran mereka agar masalah dapat diatasi.

            Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian saya didalam kelas, apabila saya memberi latih tubi menyebut nama pakaian, ada dikalangan mereka masih tidak boleh boleh menyebut, juga  apabila saya meminta mereka mengulagi semula perkataan yang disebut, 16% daripada mereka selalu tertinggal untuk menyebut nama pakaian dengan betul. Ini kerana mereka tidak pernah bersekolah tadika sebelum ini ataupun mereka tidak pernah melihat mahupun menyebut nama pakaian sebagai contoh cheongsam, dhoti dan samfoo.Pada pendapat saya ini adalah perkataan baru untuk mereka. Ada di antara mereka yang menyebut perkataan tersebut dengan sebutan yang salah.

            Sebelum ini saya telah mencuba dengan menggunakan kaedah latih tubi menggunakan kad imbasan yang disebut tetapi sesetengah murid ini masih tidak dapat menguasai kemahiran dengan betul. Oleh itu sekiranya saya tidak mencari kaedah yang bersesuaian, menarik dan  senang bagi mereka, pasti masalah ini akan terus berlanjutan.

            Saya telah merancang slot pengajaran dan pembelajaran sebelum sesi pengajaran berjalan. Pada awalnya saya memulakan dengan set induksi, saya menyoal murid jenis kaum yang terdapat di Malaysia . Terdapat beberapa orang murid dapat menjawab soalan saya dengan betul.  Di sini saya dapat menilai bahawa anak murid saya ada juga yang belum pernah melihat dan menyebut nama pakaian yang akan di tunjukkan dalam sesi pengajaran ini.Untuk menjadikan sesi pengajaran ini dapat difahami oleh murid-murid, saya menunjukkan kepada anak murid ‘BUKU SKRAP’ yang bertemakan pakaian tradisional. Saya menunjukkan satu persatu gambar yang terdapat di dalam buku skrap itu. Kemudian, saya membentuk 2 kumpulan dan memberikan satu kumpulan dengan 2 buku skrap. Di sini murid dapat melihat gambar pakaian dengan lebih dekat dan juga dapat mengetahui kaum yang terdapat di Malaysia.

            Seterusnya, saya merancang langkah pertama dengan memperlihatkan kepada anak murid saya “MODEL PAKAIAN” . model pakaian ini adalah 6 orang murid yang memakai pakaian tradisional mengikut kaum melayu, cina dan india.Sewaktu model pakaian memperagakan pakaian mereka, guru menyebut nama pakaian satu persatu. Murid mengikut sebutan nama pakaian dengan bimbingan guru.Murid-murid nampak lebih seronok dengan melihat rakan mereka memakai pakaian ini. Guru melihat terdapat beberapa orang murid tidak memberi perhatian terhadap sesi pengajaran, guru menyebut semula nama pakaian satu persatu kemudian murid mengulangi sebutan perkataan. Dalam sesi pengajaran saya boleh mengaitkan teori perkembangan intelektual  dalam pengajaran kerana teori ini memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
            Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.Selain itu juga kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
            Dalam langkah dua, murid di bahagikan kepada 2 kumpulan besar. Setiap kumpulan diberi 6 kad nama pakaian. Saya memberitahu kepada anak murid bahawa kita akan bermain permaian ‘padan dan tampal’. Saya akan mengerakkan model pakaian, kemudian murid akan mengambilkad nama pakaian yang betul dan menampal pada model tersebut.dalam aktiviti ini, murid menunjukkan prestasi yang baik dan kemahiran yang di rancang adalah berkesan.Setelah  murid melakukan aktiviti ‘padan dan tampal’, saya menyebut sekali lagi nama pakaian yang dipeljari pada hari ini. Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.

            Dalam pengajaran saya, saya memberi ujian pra kepada murid dengan memberi satu lembaran kerja iaitu murid perlu memadan nama pakaian dengan gambar yang betul. Murid melakukan aktiviti  sendiri.Dalam aktiviti ini, yang mendapati bahawa 5 orang murid ada melakukan kesalahan memadankan nama pakaian dengan gambar. Saya membimbing murid yang menghadapi kesukaran untuk memnadankan nama pkaian dengan gambar dengan menggunakan ‘MODEL PAKAIAN” .Saya mengingat semula nama pakaian dengn menunjukkan kepada rakan mereka.setelah selesai menjawab, murid duduk di bahagian sesi pengajaran tadi untuk bersoaljawab tentang ujian pra yang dilakukan sebentar tadi. Saya ada mengambil beberapa lembaran kerja anak murid untuk di jadikan contoh jawapan. Murid yang mendapat jawapan yang betul akan di berikan peneguhan positif seperti tepuk dari rakan dan juga perkatan baik.  

            Dalam tindakan susulan, saya seharusnya memperkembangkan idea yang lebih kritis. Saya akan menggunakan model pakaian ini dengan lebih lagi agar murid dapat memahami, mengenal dan menamakan pakaian tradicional tersebut. Selain itu juga penambah baikan, saya akan menggunakan teknologi maklumat (ict) iaitu power point yang bertemakan pakaian tradisional ataupun murid menjawab soalan menggunakan komputer. Dalam slaid power point itu juga saya akan menayangkan gambar dengan lagu perayaan.Ini adalah kerana kanak-kanak pada era sekarang lebih pandai menggunakan komputer. Penggunaan ini dapat menarik minat murid.apabila kita dapat menarik minat murid proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment