CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 30 October 2012

Sesi Kemerdekaan


Photo: Anak murid ku dengan topi mereka.

Ini adalah gambar anak muridku  semasa sesi tema" Kemerdekaan".

Photo

Sudut-sudut Pembelajaran

Guru prasekolah atau tadika mesti rajin membuat eksplorasi dalam usaha mewujudkan kelas yang menarik kerana kelas ini merupakan rumah kedua atau pejabat kita yang utama. Maklumlah di Malaysia ini satu kelas prasekolah hanya mengandungi seorang sahaja guru terutamanya bagi sekolah yang tidak membekalkan guru Pendidikan Islam atas alasan kekurangan guru atau masa guru agama terlalu padat padahal mereka telah diberikan kursus sewajarnya oleh pihak Jabatan Pelajaran. Malah kalau masuk pun hanya 2 hari dan ada ketikanya masuk lewat dan pelbagai lagi masalah. Peraturan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran dipandang sebelah mata padahal di umur ini kanak-kanak perlu didedahkan dengan secara maksimum Pendidikan Islam dan Moral. OKlah kita tinggalkan dahulu masalah pentadbiran itu, biarlah pihak pentadbiran menjawabnya dengan orang atasan dan Allah s.w.t di hari pembalasan kelak kerana gagal memimpin orang-orang bawahannya.


Kelas yang menarik ibarat sebuah rumah yang kita diami. Hari-hari kita akan duduk di situ dari pukul 7.15 pagi hingga ke 1.30 petang ( Ini waktu persekolahan di sekolah saya ). Kita tidak sibuk ke Bilik Guru sebab bilik guru kita sangat luas. Hmm... tidak tahulah kalau ada di kalangan anda memang suka duduk di Bilik Guru untuk bersembang sakan atau membelek katalog perniagaan atau membelek katalog alat solek, pinggan mangkuk dan kasut!. Terus terang saya katakan dalam setahun boleh dikatakan sekali sekala sahaja saya ke Bilik Guru apabila ada tugas yang benar-benar memerlukan saya menjengah Bilik Guru. Malah ada guru yang berbulan-bulan tidak saya temui kecuali di perhimpunan mingguan!


Saya suka duduk di kelas saya sebab di situ adalah "core business" saya. Selepas mengiringi murid-murid pulang biasanya saya ambil masa ke kantin untuk sarapan pagi plus makan tengah hari. Itu rutin harian saya. Saya hanya ke kantin selepas waktu pengajaran tamat. Jarang saya ke kantin sebelum pukul 11 pagi kecuali dalam keadaan yang terdesak. Malah untuk hadiri jamuan sekolah pun saya akan pastikan selepas murid-murid saya pulang semuanya. Mujur orang kantin faham keadaan saya dan pembantu. Kami akan sama-sama ke kantin. Tiada istilah seorang pergi seorang tinggal kerana saya anggap pembantu seperti keluarga sendiri. Jadi saya tidak ada masalah dengan pembantu. Ini memudahkan juga kerja saya bila mana saya perlukan dia membantu menyediakan bahan bantu mengajar di kelas. Hubungan akrab amat penting bagi menjamin kelancaran perjalanan tugas harian kita. Kami akan sama-sama berbincang tentang apa yang akan diletakkan di kelas. Kalau dulu saya sering mendengar ada di kalangan guru seolah-olah menghambakan pembantu mereka. Malah ada yang tergamak menyuruh pembantu memasak makanan untuk makan tengah hari guru dan keluarga dalam waktu persekolahan! Saya kenal guru tersebut dan sekolahnya walaupun bukan sedaerah dengan saya. Tamat cerita di atas. Jom kita tengok apa yang saya temui di internet yang boleh memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.







Monday, 22 October 2012

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah

Sunday, 21 October 2012

Gravity Area

  Ini adalah hasil gravity area anak murid ku.

Anak murid ku bertungkus lumus menyiapkan  Gravity Area di pertandingan .



Photo