CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 30 September 2012

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

1.      Nama Sekolah:  Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.

i.          Nama asal: Sekolah Melayu Seri Beroleh.
            ii.         1958 – Sekolah Umum Seri Beroleh ( arahan kerajaan )
            iii.        1961 – Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh ( arah kerajaan )
2.      Didirikan pada 4 APRIL 1951
3.      Tanah tapak :  Asas tapak sekolah seluas satu ekar setengah telah diwakafkan oleh   
                             Tuan Haji Ahmad Bin Haji Tahir.
4.      Bangunan;
i.                    Bangunan pertama sekolah ini seluas 60 x 24 kaki persegi, berlantai simen, berdinding papan dan beratapkan daun nipah. Didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM2300.00 (wang daripada orang ramai).  Pada 4.4.1951 bangunan awal yang dibina secara bergotong-royong telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat En. Md Seth bin Md Said.
ii.                  1954 bangunan telah ditambah 2 bilik darjah dengan kos RM 1400.00 melalui bantuan kerajaan.
iii.                1963 bangunan kekal yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah kantin telah didirikan
iv.                 22.4.1964 bangunan ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Hassan Bin Hj Yunos, Menteri Besar Johor.
v.                   1970 sebuah bangunan kekal 2 tingkat mengandugi 4 buah bilik darjah, pejabat Guru Besar, bilik guru, 4 bilik air dan stor telah dibina oleh kerajaan. Bangunan baru ini menggantikan bangunan lama yang dibina oleh penduduk kampong.
vi.                 1980 satu lagi bangunan kekal dibina yang mengandungi 2 bilik darjah, 1 bilik perpustakaan dan 4 bilik air . Bangunan siap pada Julai 1981.
vii.               1992 satu bangunan 2 tingkat dengan 6 bilik darjah dan sebuah makmal Kemahiran Hidup dibina.
viii.             1997 sekolah mendapat tambahan 2 buah bilik darjah .
ix.                 2010 2 blok 4 tingkat dengan pelbagai bilik dibina. 2012 bangunan baru telah boleh digunakan.

PENGASAS SEKOLAH SK SERI BEROLEH (1950)
Penasihat
i.                    Tuan Hj Abd Majid bin Abd Kadir  - Penghulu Besar Mukim V, Batu Pahat.
ii.                  Tuan Haji Ashaari -  Ketua Kampung Panchor, Batu Pahat
iii.                Tuan Haji Suari bin Hj Mokmin    - Ketua Kampung Beroleh ( Parit Hj Sidek )
iv.                 Tuan Hj Maskam bin Abd Rashid -  Ketua Kampaung Parit Besar.
Yang Dipertua             : Tuan Hj M Zahid bin Hj Musa
Naib Yang Dipertua    : Tuan Haji Mahfoz bin Hj Salleh   (merangkap Bendahari)
Setiausaha                   : Tuan Haji Ahmad bin Hj Md Raji
Pen. Setiausaha           : Tuan Hj Mahmud bin Hj Noor
Pemeriksa Kira-kira    : En Khamsan Bin Hj Ali
                                    Tuan Hj Nasir Bin Hj Dahlan
Ahli Jawatankuasa      En Mon Bin Ansor
                                  En Talha bin Hj Salleh
                                  Tn Hj Hamid bin Hj Ashari
                                  Tn Hj Noor bin Hj Abd Razak
                                  Hj Hasbi bin Dahlan
                                  En Morni bin Hj Said
                                  En Sardam bin Hj Mokti
                                  En Kamsom bin Hj Ali
                                  En Bagrom bin Hj Nor
                                  En Yusof bin Mskam

No comments:

Post a Comment