skip to main |
skip to sidebar
Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Prasekolah
Penyediaan
makanan haruslah menitikberatkan kebersihan. Kebersihan penting dalam
penyediaan makanan kerana jika kebersihan diabaikan, kemungkinan besar
makanan yang kita makan menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan
yang mempunyai simptom-simptom seperti cirit-birit, muntah boleh
menyebabkan kehilangan air dalam badan sehingga boleh menyebabkan
kematian jika ianya terlalu serius. Antara amalan kebersihan yang perlu
diamalkan ketika menyediakan makanan adalah :
- ü Kebersihan
tangan. Cuci tangan dengan langkah yang betul sehingga bersih. Ini
penting bagi mengelakkan kekotoran dan kuman melekat pada tangan dan
boleh mencemarkan makanan.
- ü Gunakan
peralatan yang bersih. Cuci dan lap peralatan seperti kuali, pinggan
dan sudu dengan kain bersih. Ini penting bagi menghapuskan bacteria dan
kuman pada peralatan yang digunakan.
- ü Penggunaan
apron semasa di dapur. Penggunaan apron menampakkan kita bersih dan
kemas. Ia juga dapat melindungi baju daripada terkena percikan masakan
seperti minyak panas.
- ü Memakai tudung(bagi orang Islam) dan topi bagi orang bukan Islam. Ini bagi mengelakkan rambut gugur dan termasuk dalam masakan.
- ü Sayuran
dan bahan masakan yang ingin dimasak hendaklah segar dan berkhasiat.
Bahan makanan seperti sayur dan buah-buahan hendaklah dicuci dengan
bersih agar terhindar dari bahan kimia. Sebaik-baiknya direndam seketika
dalam air garam bagi menangggalkan kesan bahan kimia. Ini dapat
mengelakkan daripada keracunan makanan. Bahan makanan yang segar dan
bersih dapat mengekalkan zat makanan di dalamnya serta lebih lazat
dimakan.
- ü Buang
sampah dan sisa makanan dalam tong sampah. Tong ampah juga jangan
dibiarkan penuh sehingga terkeluar sisa-sia sampah. Tutup tong sampah
agar tidak menggalakkan kehadiran lalat dan langkah ini dapat
menghindarkan daripada penyakit taun.
- ü Persekitaran
yang bersih amat penting dalam penyediaan makanan. Ini penting bagi
menghindarkan makanan tercemar. Pengurusan makanan juga berjalan lancar
dan dapat disediakan dengan cepat.
- ü Menggunakan
tuala yang bersih. Tujuannya mengelap tangan yang telah dicuci. Ianya
juga digunakan untuk mengelap dapur selepas memasak.
- ü Selain
daripada aspek kebersihan, pastikan makanan yang dimasak betul-betul
masak. Ini kerana jika makanan yang kita masak tidak benar-banar masak,
ia boleh menyebabkan cirit-birit.
No comments:
Post a Comment